SEMBILAN daripada 14 hakim tertinggi dijadual bersara tahun inI, menyaksikan kekosongan besar akan berlaku dalam badan kehakiman negara.
Berita Harian melaporkan, mendahului senarai itu adalah Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang akan mencapai usia 66 tahun pada Julai ini.
Selain itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim masing-masing lahir pada 3 Julai 1959 dan 15 Mei 1959.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli sudah mencapai usia persaraan mandatori awal tahun ini, namun difahamkan perkhidmatannya disambung enam bulan lagi.
Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur 66 atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh dilanjutkan enam bulan selepas dia mencapai umur 66 tahun.
Baca artikel lain: Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Selain itu, empat hakim Mahkamah Persekutuan juga dijadual bersara tahun ini iaitu Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Hanipah Farikullah.
Sementara itu, Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal yang sudah mencapai usia persaraan wajib Oktober tahun lalu, akan bersara April ini selepas tempoh perkhidmatannya dilanjutkan enam bulan lagi.
Jika sembilan hakim tertinggi itu mencapai umur bersara mandatori tahun ini, bermakna hanya tinggal lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang mendengar kes-kes di peringkat rayuan.
Perkembangan itu sekali gus memberi kesan besar dalam urusan perjalanan sistem kehakiman negara, memandangkan pembabitan keanggotaan panel Mahkamah Persekutuan di peringkat rayuan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

