[VIDEO] 2 hari dilancarkan, Lelaki Terakhir nyanyian Fattah Amin trending di Youtube

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi terkenal, Fattah Amin, kembali menghangatkan industri muzik dengan single terbarunya berjudul Lelaki Terakhir.

Single ini adalah sebuah balada romantik yang mengisahkan tentang cinta sejati, kesetiaan, dan perjuangan dalam sebuah hubungan.

Lebih istimewa, lirik video Lelaki Terakhir yang dilancarkan di platform YouTube rasmi @FattahAminYT pada 21 Februari lalu sedang menduduki carta trending bagi kategori muzik.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap lagu ini. Saya tidak menyangka lagu ini akan diterima dengan begitu baik dan trending di YouTube dalam masa yang singkat.

“Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna bagi saya, dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini.

“Sejujurnya, perjalanan menghasilkan lagu ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dengan sokongan pasukan yang hebat dan peminat yang sentiasa memberikan dorongan, saya berasa lebih bersemangat untuk terus berkarya. Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar,” katanya.

Menggunakan lirik yang puitis dan melodi yang menyentuh jiwa, Lelaki Terakhir menampilkan sisi emosional Fattah sebagai lelaki yang berjanji untuk sentiasa menjaga dan melindungi cinta sejatinya.

Dengan elemen muzik yang indah dan susunan melodi yang mendalam, lagu ini dicipta oleh komposer dan produser muzik yang pernah mencipta lagu Wanita Terakhir iaitu Mel Ramlan.

Lebih menarik, Lelaki Terakhir turut mendapat sentuhan lirik oleh Fattah sendiri.

“Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran, tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya harap lagu ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar. Lelaki Terakhir menampilkan gabungan muzik moden dengan sentuhan balada klasik, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat usia.

“Tujuan lagu ini dihasilkan dan dikeluarkan juga kerana lagu ini merupakan runut bunyi untuk drama bersiri terbaru lakonan saya sebagai Ansara dalam Keluarga Itu arahan Nur Ain Sharif dan ditulis oleh Eirma Fatima.

“Ia akan mula ditayangkan pada 28 Febuari ini di slot eksklusif TV3 terbitan Rumah Karya Citra Sdn.Bhd,” katanya.

Lelaki Terakhir menonjolkan vokal Fattah yang semakin matang dalam menyampaikan emosi dan makna di sebalik setiap bait lirik.

Single ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan lain-lain.

Video muzik rasmi juga bakal dilancarkan dalam masa terdekat di saluran YouTube rasmi Fattah Amin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This