[VIDEO] Menjaga Jodoh Orang Lain nyanyian Ara Johari, catat tangga nombor 1 paling banyak distrim!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila lagu baharunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.

Lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso itu menduduki kedudukan pertama di carta RIM (Recording Industry Music of Malaysia) selama dua minggu berturut-turut.

“Alhamdulillah penat lelah saya dan team berbaloi dan ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.

“Saya gembira kolaborasi pertama saya bersama komposer Indonesia ini membuahkan hasil yang amat membanggakan” ujarnya.

Lirik video dan audio MJOL yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu juga kini sudah melebihi 10 juta tontonan di YouTube.

Pelantun lagu Bunga itu juga merancang untuk melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut.

“Kami masih dalam rangka rancangan bagi mempromosikan lagu ini ke Indonesia. Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di sana.

“InsyaAllah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kami akan ke sana” ujarnya.

Dalam pada itu, Ara berkata, kejayaan tersebut juga sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia mencari metarial baharu sesuai jangkaan peminat.

“Sekarang masih dalam proses mencari bahan untuk lagu akan datang. Sudah tentu agak stres kalau boleh mahu cari lagu yang lebih baik.

“Saya harap dapat bekerjasama dengan komposer-komposer baru dan tidak menolak jika diberi peluang mencuba genre berbeza,” ujarnya.

Sementara itu, Ara berkongsi keterujaan mempersembahkan lagu MJOL di pentas besar buat kali pertama di Gempak Most Wanted Award 2024 malam ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This