Polis siasat kejadian Harrier dan Camry ‘bergaduh’ di Kluang

Dari Penulis

POLIS menyiasat kejadian provokasi antara dua buah kenderaan di Jalan Haji Mohd Saim dekat hadapan kedai menjual peralatan pakaian sukan pada 16 Februari lalu, pada pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 54 saat memaparkan kejadian tersebut di media sosial.

Beliau berkata, pemandu kenderaan dalam kejadian tersebut dipercayai terlibat dalam halangan lalu lintas serta memandu kenderaan dalam keadaan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Siasatan mendapati kenderaan utiliti sukan jenis Toyota Harrier berwarna hitam datang dari Jalan Persiaran Datuk Ismail Hassan telah dihalang oleh sebuah kereta Toyota Camry berwaran putih yang berada di lorong bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Bahrin berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This