POLIS mengesahkan telah menghubungi pemandu kereta Honda CR-Z selepas video kenderaan itu terlibat dalam kemalangan di Genting Highlands tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pada awalnya satu laporan telah dibuat oleh pemandu lelaki tempatan berusia 27 tahun di Balai Polis Goh Tong Jaya, Hulu Selangor, pukul 11.05 pagi semalam.
Katanya, pemandu tersebut memaklumkan kereta itu hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 14.7.
Bagaimanapun kejadian terbabit telah tular di media sosial di mana kereta yang sama telah dipandu secara melulu sebelum hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan.
“Tindakan pemandu adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
“Pihak Ibu Pejabat Daerah Bentong telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil di balai polis bagi membantu siasatan.
Tindakan tegas akan diambil dengan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan laluan berkenaan tidak dijadiakn seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

