Ponteng puasa: Terengganu pantau kedai serbaneka, restoran bukan Islam

Dari Penulis

KERAJAAN negeri akan menjalankan pemantauan termasuk di kedai serbaneka dan restoran bukan Islam sepanjang Ramadan ini bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai orang Islam yang membeli makanan di premis berkenaan pada waktu yang tidak dibenarkan, Ramadan lepas.

“Kita akan meneruskan Op Supik Hitam pada tahun ini. Berdasarkan laporan tahun lepas, kita dapati ada orang Islam yang tidak berpuasa mengambil kesempatan membeli di kedai serbaneka 24 jam dan kedai bukan Islam.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneliti perkara ini dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya pada sidang media Op Supik Hitam di Wisma Darul Iman, hari ini.

Selain itu, Muhammad Khalil berkata pihaknya juga mengarahkan Bahagian Penguatkuasan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk mengenal pasti kedai yang menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa tahun lepas.

Beliau berkata pada 2024, sebanyak dua kes melibatkan orang tidak berpuasa di bawah Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 direkodkan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This