Malaysia tiada rundingan diplomatik dengan China mengenai Beting Patinggi Ali

Dari Penulis

MALAYSIA tidak mempunyai rundingan diplomatik dengan China berhubung Beting Patinggi Ali, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata ini memandangkan Beting Patinggi Ali sememangnya berada dalam kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baharu Malaysia 1979.

“Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, memang isu Laut China Selatan menjadi fokus utama kita, cuma isu Beting Patinggi Ali ini bukan antara isu yang kita rundingkan kerana Beting Patinggi Ali memang berada di kawasan kita.

“Di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia, lebih kurang dalam 84 batu nautika sahaja. Kita punya kuasa ZEE ini hingga 200 batu nautika. Ini memang kawasan kita, jadi tak ada yang perlu kita rundingkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai status rundingan diplomatik terkini dengan negara China berkenaan isu Beting Patinggi Ali pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Baca artikel lain: Kajian terperinci perlu dijalankan untuk fahami perbezaan caj rawatan hospital swasta – Timbalan Menteri Kewangan

Mengulas lanjut, Mohamad berkata rundingan dijalankan bagi kawasan selepas 200 batu nautika dengan menggunakan platform ASEAN antaranya melibatkan usaha memuktamadkan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Beliau berkata Malaysia memanfaatkan Kepengerusian ASEAN yang juga negara pelaksana dan pengerusi secara bersama (co-chair) ASEAN-China serta pengerusi secara bersama dalam jawatankuasa kerja dalam memuktamadkan CoC.

“Ada beberapa siri mesyuarat penting yang sedang berjalan dan telah berjalan sebelum ini untuk kita membincangkan (perkara itu) antaranya di Bali, Indonesia; Bangkok, Thailand; China dan Vientiane, Laos.

“Ini semua usaha kita ke arah memuktamadkan CoC, ini penting untuk kita memuktamadkan supaya menjadi garis panduan kepada semua negara bukan sahaja negara ASEAN tetapi negara di luar ASEAN juga harus mematuhi CoC yang bakal dimuktamadkan ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan dalam merundingkan CoC, Malaysia tidak akan menggadaikan hak kedaulatan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This