Mohamad tiba di Tehran untuk lawatan rasmi ke Iran

Dari Penulis

MENTERI Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di ibu negara Iran pada Selasa, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran yang ke-8 (JCM) yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini pada pukul 4.44 petang, semalam (9.14 malam waktu Malaysia).

Ketibaan beliau di lapangan terbang disambut oleh Duta Malaysia ke Iran Khairi Omar dan Ketua Pengarah Asia dan Oceania dari Kementerian Luar Iran, Ali Asghar Mohammadi.

Hari ini, Mohamad akan mempengerusikan bersama Mesyuarat JCM ke-8, Malaysia dan Iran dengan rakan sejawatannya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi di pejabatnya, di Tehran.

Baca artikel lain: Naik harga lantai padi ambil kira kepentingan pesawah, pengguna – Mohamad Sabu

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan skop dan butiran mengenai bidang kerjasama strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai sektor.

“Ia meliputi politik, pertahanan, keselamatan, perdagangan dan pelaburan, perbankan dan kewangan, pertanian, penghubungan, tenaga, pelancongan dan kebudayaan, sains dan teknologi, isu wanita dan keluarga, pendidikan, serta industri halal,” menurut kenyataan tersebut.

Sepanjang lawatan ini, Mohamad juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Dr. Masoud Pezeshkian, dan perbincangan mereka akan memfokuskan hubungan dua hala Malaysia-Iran, serta isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, terutamanya mengenai situasi di Palestin dan hal-hal Timur Tengah yang lebih luas.

Pada 2024, Iran merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan bernilai RM2.6 bilion (USD0.57 bilion), meningkat sebanyak 24.6 peratus berbanding 2023.

Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Iran dalam kalangan negara-negara ASEAN dan rakan dagang terbesar ke-19 di dunia pada 2023.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This