Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan sesekali membenarkan sebarang pihak dalam sektor pertahanan negara terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.

“Saya tidak kira besar mana, tinggi mana pun kamu, Saya tidak akan izinkan kerana ini akan mengorbankan, mengkhianati dan merosakkan sistem pertahanan negara kita.

“Saya tidak akan biarkan. Sedaya upaya, saya akan cuba membersihkan (perbuatan rasuah),” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan sistem perolehan yang telus bagi membendung perkara terbabit daripada terus berlarutan.

Baca artikel lain: PM terima kunjungan Sergei Shoigu, bincang tingkat hubungan dua hala

Anwar berkata semua perolehan dalam sektor pertahanan perlu dilakukan secara telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Semua harus guna proses tender. Saya tidak peduli (anda) dari mana, besar mana, (perlu) ikut proses. Nak beli seumpamanya perkakasan digital, kecerdasan buatan (AI) yang baharu, pusat data ataupun senjata (mesti) ikut proses.

“Tentukan keperluan negara, jangan beli kapal (namun) berpuluh-puluh tahun tersadai, berbilion ringgit hilang. Ini kerja yang akan jahanamkan negara, padahal ini soal pertahanan negara,” kata beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata budaya mengaut kekayaan negara demi kepentingan peribadi perlu diperbetul.

“Bagaimana mungkin dalam sistem pengurusan negara dan tata kelola … kita mohon orang yang gajinya RM3,000 untuk derma RM100? Padahal ada orang kaya mencuri ratusan juta ringgit kita biarkan kerana pelbagai alasan politik, ekonomi, dan (belas) kasihan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This