PM terima kunjungan Sergei Shoigu, bincang tingkat hubungan dua hala

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu di Perdana Putra, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau dan Shoigu telah membincangkan beberapa perkara penting dalam meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Menurut Anwar, ia termasuk dalam bidang pertahanan, keselamatan, ekonomi, perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan.

“Saya juga berkongsi hasil pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada September 2024.

“Ia adalah satu platform penting untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara dan meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama serta perkongsian strategik.

Baca artikel lain: PM umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia

“Sebelum pulang, saya zahirkan penghargaan di atas lawatan ini yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (US$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (US$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This