RUU Majlis Media Malaysia pacu industri media ke hadapan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RANG Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, semalam disifatkan mampu memacu industri media lebih maju ke hadapan.

Editor dan Penerbit Astro Awani, Ahmad Syukri Shaari turut menyifatkan RUU tersebut boleh menjadikan industri media yang telah sekian lama dianggap sebagai ‘industri senja’ kembali berkembang.

Pada masa sama, beliau berkata, pelaksanaan RUU tersebut juga memainkan peranan menjadikan industri media lebih berdaya saing dan bebas.

Menurut Ahmad Syukri, ia juga bertindak sebagai ‘perisai’ buat syarikat dan pengamal media yang ketika ini sering berhadapan isu kebajikan.

“Ini merupakan perkembangan yang baik untuk industri media negara.

“Meskipun RUU ini tidaklah boleh dikatakan sempurna daripada semua sudut tetapi sekurang-kurangnya dapat memainkan peranan dalam memacu industri media supaya lebih ke hadapan.

“Lebih-lebih lagi dalam situasi ketika ada dalam kalangan syarikat dan pengamal media berhadapan dengan isu kebajikan,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Baca artikel lain: RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika – MPI

Industri media Malaysia mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.

Rang undang-undang bagi penubuhan Majlis Media Malaysia itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen.

Menerusi RUU itu, MMM turut berperanan menyelaras perkara berkaitan latihan, pembangunan kapasiti dan pembangunan profesional wartawan dan pertubuhan media selain menguruskan dan menyenggara pangkalan data yang mengandungi maklumat pengamal media dan pengamal media bebas untuk pembangunan berterusan industri media dan kewartawanan.

RUU itu turut menjadi perintis dalam memperkukuh kedudukan wanita yang menetapkan bahawa setiap kategori ahli Lembaga mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang wakil wanita.

Selain itu, RUU berkenaan menetapkan setiap kategori ahli harus merangkumi sekurang-kurangnya seorang wakil dari Sabah atau Sarawak, di samping wakil tambahan yang akan dilantik bagi memastikan keseimbangan dari segi jantina, lokaliti serta kepelbagaian media berdasarkan bahasa dan format.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This