GARA-GARA cinta ditolak, seorang lelaki bertindak agresif dengan mencedera dan mengugut bunuh seorang pengawal keselamatan wanita di pondok pengawal apartmen Bandar Puteri Puchong, tengah malam kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9430
Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata, pihaknya telah mengesan video tular memaparkan kejadian pada semalam.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 32 tahun pada pukul 1.30 petang semalam.
“Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, pengadu yang sedang bekerja di pondok pengawal keselamatan telah didatangi seorang lelaki yang dikenali dan meluahkan perasaan cinta.
“Bagaimanapun, perasaan terbabit ditolak oleh pengadu kerana masih dalam proses penceraian.
“Secara tiba-tiba, suspek dalam keadaan marah lalu bertindak mencederakan pengadu di leher dengan menggunakan pisau lipat namun sempat ditepis,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, pada pukul 3.30 pagi hari sama, suspek datang semula ke lokasi dan menumbuk kepala serta mencekik leher pengadu sebelum dileraikan oleh rakan sekerja pengadu.
Suspek juga bertindak mengugut bunuh pengadu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Polis kini giat mengesan suspek dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

