Lelaki didakwa bunuh peniaga makanan

Dari Penulis

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh peniaga makanan wanita.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Zalzul Kamar Abdul Ghani, 53, berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, belakang sebuah restoran di Jalan Padang Lalang di Kuantan antara 7.30 hingga 8.30 malam. 

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.  

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 10 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Pahang Sharizat Ismail dan Timbalan Pendakwa Raya B Deevagaran Naidu manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Pada 15 Feb lepas, lelaki berkenaan diberkas di perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu kira-kira 5.30 pagi.

Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan Norshamira, 37, ditemukan pada 13 Feb di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This