KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memberi jaminan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) akan sentiasa siap siaga bagi menyediakan prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata usaha itu, termasuk memberikan kursus-kursus bahasa dan melaksanakan program seperti pertandingan debat serta pidato bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan kepada pengamal undang-undang.
“Usaha murni ini amat penting kerana kita tidak mahu akses berkaitan undang-undang bersifat dwistandard, khususnya yang berkaitan dengan sistem penyampaian, sehingga keadilan tidak dapat ditegakkan bagi menjamin hak dan keharmonian rakyat Malaysia yang penuh kerencaman ini.
“Sehubungan itu, KPM dan agensi di bawahnya, khususnya DBP akan sentiasa bersedia menyokong dan mendukung pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang dan keseluruhan ranah di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang di Wisma DBP hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Dr Anwar Ridhwan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

