PM umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia

Dari Penulis

KERAJAAN secara dasarnya bersetuju memperuntukkan dana sejumlah RM35 juta bagi menyokong dan merancakkan ekosistem wakaf di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN yang dilancarkan tahun lepas dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd (PWNB).

“(myWaqafPTPTN) biasiswa wakaf pendidikan, yang diurus bersama Yayasan Waqaf Malaysia dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) manakala untuk modal awal pembentukan entiti Permodalan Wakaf Nasional Bhd, peruntukan sebanyak RM5 juta,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 bertemakan “Waqaf Membangun Malaysia MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Program myWaqafPTPTN dilancarkan pada tahun lepas dan pengumuman peruntukan RM30 juta itu merupakan suntikan baharu kerajaan bagi tahun ini untuk membantu mahasiswa daripada kalangan asnaf, M40 dan B40.

Sementara itu, RM5 juta adalah untuk mewujudkan PWNB (sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Waqaf Nasional Bhd), bertujuan menguruskan dana wakaf yang lebih besar khususnya dalam membantu pembangunan kewangan sosial Islam (wakaf, baitulmal, zakat).

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan mengetepikan tanggungjawab pemerintah untuk menggunakan dana dengan bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa serta kedudukan untuk memperkaya diri sendiri.

“(Kaut) ratusan juta di sana, ratusan juta ringgit di sini. Jadi kalau tanya saya, maka saya harap dalam beberapa tahun, kita dapat hentikan gelagat ini,” kata Anwar.

Baca artikel lain: Lelaki didakwa bunuh peniaga makanan

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beberapa syarikat milik Melayu telah menyatakan kesediaan untuk memperkukuh kekuatan ekonomi wakaf negara menerusi sumbangan kepada Wakaf MADANI.

“Sekarang kita sedang memperincikan beberapa peraturan. Termasuk syarat-syarat yang mereka mahu masukkan dalam peraturan dan badan wakaf ini,” kata beliau.

Anwar berkata Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) juga akan menyelaraskan pelaksanaan kerjasama itu bagi memastikan segala urusan berkaitan wakaf dapat berjalan lancar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This