Majlis Media Malaysia langkah awal pelihara kebebasan media – GERAMM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

GERAKAN Media Merdeka (GERAMM) menyambut baik kelulusan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) sebagai satu langkah penting ke arah memperkukuhkan kebebasan media dan meningkatkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini.

Sebagai kumpulan yang memperjuangkan kebebasan media sepanjang sedekad ini demi integriti profesion kewartawanan, GERAMM terlibat secara langsung dalam cadangan penubuhan MMM bersama komuniti media dan pihak berkepentingan lain.

GERAMM turut belajar dari organisasi serantau antaranya AJI Indonesia National Union of Journalists of the Philippines dan Association Journalist Timor Leste (AJTL) yang telah terlebih dahulu menggerakkan majlis media bebas.

“Walaupun terdapat beberapa perkara dalam struktur dan fungsinya yang masih menjadi tanda tanya dan menimbulkan kebimbangan, kami melihat penubuhan ini sebagai langkah awal ke arah sistem kawal selia kendiri yang lebih baik untuk industri media di Malaysia.

“Namun, GERAMM menegaskan bahawa kebebasan media tidak boleh dicapai sepenuhnya selagi wujud undang-undang yang mencengkam dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: JWP adakan sesi temu rapat bersama seniman jalanan, rangka dasar hiburan

Sehubungan itu, GERAMM berharap kerajaan segera menilai dan menarik balik undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), Akta Hasutan 1948 serta peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sering disalahgunakan untuk menekan media.

“GERAMM juga menyeru agar MMM tidak menjadi sekadar badan simbolik tetapi benar-benar mempunyai peranan dalam melindungi wartawan, menangani isu etika secara adil, dan mempertahankan kebebasan editorial.

“Kami berharap seluruh industri media, termasuk syarikat penerbitan dan wartawan sendiri akan bersama-sama menjayakan majlis ini dengan memastikan ia berfungsi sebagai platform yang bebas, telus dan berintegriti.

“Kami akan terus memantau perkembangan ini dan memastikan agenda kebebasan media kekal menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This