SEORANG lelaki warga Bangladesh ditahan selepas aksinya memukul seekor anjing di sebuah kawasan rumah kedai dekat Senai, Johor, pada pukul 1.09 petang hari Isnin, tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati anjing tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dijaga rapi oleh seorang lelaki tempatan.
“Polis telah menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 45 tahun untuk membantu siasatan.
“Suspek akan dibawah ke Mahkamah Majistret Kulai bagi permohonan reman hari ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

