Bazar Aidilfitri: Pasar malam Lorong TAR dipindahkan ke Jalan TAR setiap hari Sabtu – DBKL

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AKTIVITI pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada setiap hari Sabtu akan dipindahkan ke Jalan TAR sepanjang tempoh Bazar Aidilfitri 2025 berlangsung.

Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberitahu, lokasi baharu ini melibatkan kawasan dari persimpangan Jalan Esfahan sehingga ke persimpangan Jalan Melayu.

“Sehubungan itu, sebahagian Jalan TAR akan ditutup bagi memberi laluan kepada operasi pasar malam pada 1, 8, 15, 22 dan 29 Mac 2025 (Sabtu).

“Penutupan jalan ini akan berkuat kuasa dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Penggali kubur jumpa mayat rentung dalam pikap

Sehubungan itu, orang awam yang ingin ke kawasan ini dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Penggunaan pengangkutan awam juga amat digalakkan untuk memudahkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Kerjasama semua amat dihargai bagi memastikan kelancaran operasi bazar dan pasar malam sepanjang tempoh ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This