2 termasuk penuntut KV Kota Tinggi maut dalam kemalangan 2 kereta

Dari Penulis

DUA termasuk seorang penuntut Kolej Vokasional Kota Tinggi maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Batu 4, Jalan Kota Tinggi, pagi tadi.

Mangsa yang maut merupakan pemandu Perodua Kancil, Nurasyraf Afif Abdul Ghafar, 20, dan penumpang Nissan Almera, Zainab Abdullah, 68.

Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 8.02 pagi.

Sepasukan lapan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan Almera yang dinaiki oleh lelaki berusia 71 tahun dan wanita 68 tahun.

“Pemandu lelaki telah dikeluarkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan dihantar ke hospital.

“Sementara penumpang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 20 tahun mendapati telah meninggal dunia,” katanya kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This