Kerajaan tak cadang wajibkan pencarum Islam carum simpanan syariah KWSP tapi beri galakan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN tidak bercadang mewajibkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam untuk mencarum dalam simpanan syariah secara automatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, pencapaian simpanan syariah KWSP yang memberikan kadar dividen setara dengan konvensional iaitu 6.3 peratus dengan sendirinya memberi galakan kepada umat Islam untuk bertukar kepada simpanan tersebut.

Pada masa sama, kata beliau, beberapa siri galakan dan penerangan juga perlu dilakukan bagi memastikan jumlah umat Islam bertukar ke simpanan syariah KWSP semakin bertambah.

“Dulu kita dikritik, disergah kerana perbedaan ini. Keduanya, ada yang bimbang mengkritik kerana dijangka dividen lebih rendah. Sekarang dua-dua sudah terjawab.

“Kesan ini penting kerana bagi saya rekod ini dengan sendirinya akan memberi galakan kepada umat Islam untuk memindahkan kepada simpanan syariah.

“Jadi sebab itu kita tidak bercadang untuk mewajibkan tetapi dengan bukti ini dan beberapa siri galakan dan penerangan, kita harap jumlah ini akan bertambah. Tidak ada dasar untuk mewajibkan tetapi menggalakkan,” katanya.

Baca artikel lain: Longgarkan pengeluaran KWSP berlebihan umpama ‘hukum’ pencarum di hari tua – Anwar

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), jika kerajaan bercadang untuk mewajibkan pencarum Islam mencarum dalam simpanan syariah bagi mengelakkan simpanan mereka diragui dari segi halal dan haram.

Perdana Menteri berkata umat Islam perlu diberi penjelasan berhubung ilmu perbankan, seperti perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan dalam instrumen kewangan, bagi memastikan mereka lebih memahami manfaat daripada pilihan mereka.

Menjawab soalan tambahan Chiew Choon Man (PH-Miri) sama ada pencapaian KWSP baru-baru ini sebagai tanda kukuh asas ekonomi negara berada dalam keadaan baik, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian itu didorong keyakinan pelaburan kepada Dasar Ekonomi MADANI.

“Kita harus juga menyatakan penghargaan kepada pengurusan KWSP sendiri, kerana prestasi mereka serta ketelusan dan kecekapan yang menyebabkan kita mencatat rekod yang lebih baik.

“Setakat Disember 2024, 63 peratus jumlah pelaburan KWSP ialah pasaran domestik iaitu RM782 bilion, pertumbuhan ini 11 peratus ketimbang 2023. Bursa, peningkatan itu 12.9 peratus, ini satu peningkatan yang besar,” kata beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This