SEORANG wartawan akan dibebaskan pada petang ini selepas tempoh remannya tamat susulan disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 dipercayai sebagai balasan tidak melaporkan artikel berkaitan pekerja asing.
Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
“Ya, dia akan dibebaskan petang ini,” katanya ringkas seperti dilapor Sinar Harian.
Media sebelum ini melaporkan wartawan sebuah portal direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000.
Baca artikel lain: Longgarkan pengeluaran KWSP berlebihan umpama ‘hukum’ pencarum di hari tua – Anwar
Ia sebagai balasan untuk menurunkan artikel dimuat naik serta tidak menulis lagi mengenai sebuah agensi pekerja asing didakwa terbabit dalam sindiket.
Perintah reman selama empat hari sehingga 4 Mac terhadap suspek dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan jam 11.45 malam di sebuah hotel di Shah Alam, hasil aduan dan operasi dilakukan pegawai penyiasat SPRM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

