Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas Nilai

Dari Penulis

TIGA lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dua suspek  masuk ke dalam premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan syaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku kira-kira 8.36 malam tadi. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222.

Beberapa rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This