Tindakan persenda upacara agama lain tak boleh diterima – Teo Nie Ching

Dari Penulis

TINDAKAN tiga penyampai sebuah stesen radio milik Astro, yang didakwa mempersendakan upacara agama lain dalam sebuah video tular baru-baru ini, satu perbuatan tidak wajar dan tidak boleh diterima, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

“Saya memandang serius insiden melibatkan tindakan penyampai radio ini. Tindakan mempermainkan mana-mana amalan keagamaan adalah sangat tidak wajar,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Susulan insiden itu, Teo berkata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk menjalankan siasatan terperinci dan memanggil pihak pengurusan stesen radio tersebut bagi memberikan penjelasan penuh.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa media massa seperti stesen radio memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian negara dan perlu lebih berhati-hati dalam penyediaan apa-apa jua kandungan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This