POLIS sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video berdurasi selama lebih tiga minit itu.
Beliau berkata laporan berhubung perkara itu telah dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang, petang semalam.
âBerdasarkan laporan, video itu memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam dan ia telah dimuat naik semalam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu.
âBagaimanapun video itu telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai. Siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada,â katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Razarudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.
Beliau berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
âPolis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menggunakan segala undang-undang sedia ada, tanpa mengira siapa juga yang terlibat dalam memainkan isu 3R.
âJusteru orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu-isu berkenaan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan ketegangan sehingga mengancam keselamatan negara kita yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa,â katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV âshortcutâ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik âAdd to Homescreenâ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

