
ANAK kampung Gunung Semanggol, Perak, namun dia menjejak universiti tersohor dunia.
Graduan kedoktoran University of Pennsylvania. Sarjana ulung Universiti Sains Malaysia (USM) yang pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor kemudiannya mengasaskan Malaysian Institute of Economic Research (MIER).
Ramai sekali anak muridnya. Penasihat kepada pemimpin negara dan ahli ekonomi yang dihormati, menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Baca artikel lain: Pegawai Tribunal Kastam ditemukan meninggal dunia, leher dan kaki terjerut ‘cable tie’
Tan Sri Datuk Dr Kamal Salleh pernah menjadi Ahli Parlimen Wangsa Maju. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengiktiraf jasanya dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi.
Mentor yang banyak membimbing saya. Banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan anak-anak muridnya.
Moga Allah SWT menerima segala jasa baktinya kepada negara sebagai amal soleh yang berkekalan.
Al Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salleh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

