TUDUHAN dan persepsi kononnya Kerajaan MADANI mengambil sikap berdiam apabila agama Islam dihina disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.
Justeru, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menggunakan kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman serta menanam bibit kebencian.
Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri sedar bahawa wujud usaha jahat sesetengah pihak yang berkepentingan yang cuba menanam persepsi dwi-standard dalam mengambil tindakan.
“Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sebagai contoh, apabila kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stoking, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000.
“Seorang lelaki persenda perkataan ‘Allah’ didenda RM12,000 dan dipenjara enam bulan.
“Selain itu, peniaga jagung bakar yang meletakkan notis perkauman didenda RM400 manakala pelawak, Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000,” katanya.
Baca artikel lain: PM buat ‘kejutan’ turun padang tinjau harga bazar Ramadan
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia, hari ini.
Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, kesemua kes yang disenaraikannya itu jelas membuktikan bahawa ia telah disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum.
Beliau menegaskan, tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.
“Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia.
“Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

