SEHARI selepas menyatakan hasrat untuk turun padang meninjau harga dan kualiti makanan di bazar Ramadan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan lawatan ‘mengejut’ di Bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City.
Dalam tinjauan kira-kira 40 minit itu, Anwar sempat beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung sambil bertanyakan mengenai cabaran mereka sepanjang Ramadan, khususnya berkaitan kos bahan mentah dan harga jualan makanan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Baca artikel lain: Persenda amalan agama lain jejaskan perpaduan – Saraswathy
Peniaga air tebu Amirul Sharifuden, 34, berkata kehadiran Perdana Menteri di bazar itu adalah sesuatu yang tidak dijangka.
“Saya terkejut, tiba-tiba ramai orang berkumpul di depan gerai. Rupa-rupanya Perdana Menteri! Dia bertanya khabar dan tanya tentang jualan,” katanya.
Peniaga karipap Muhammad Faiq Zainuddin, 27, pula teruja kerana buat kali pertama dapat melihat Perdana Menteri secara bersemuka.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

