Gangguan teknikal ePlacement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10 yang dibuat pada 27 Feb lepas, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

KKM dalam kenyataan memaklumkan bagi memastikan ketelusan dalam proses penempatan dan menangani isu maldistribusi, pemilihan baharu akan dibuka pada Isnin, 17 Mac bermula 3 petang menerusi sistem sama.

Justeru, calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan boleh berbuat demikian melalui Google Form dalam sistem ePlacement dengan tempoh rayuan dibuka dari 17 hingga 23 Mac 2025.

“Hanya rayuan yang dikemukakan dengan dokumen lengkap dalam tempoh ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran.

“Keputusan rayuan akan diumumkan pada Isnin, 28 April 2025 melalui portal Semakan Kerjaya KKM,” menurut kenyataan itu.

KKM turut menyatakan kekesalan atas kesulitan yang dihadapi oleh calon terlibat dan memberi jaminan bahawa langkah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi mengelakkan isu sama berulang.

Sistem ePlacement yang dibuka pada 3 petang 27 Feb lepas, telah mengalami gangguan teknikal selama satu jam 30 minit menyebabkan kesilapan dalam pemilihan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD10, sekali gus menjejaskan agihan yang telah ditetapkan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Radzi Jidin, Azmin Ali digugurkan dalam rombakan pentadbiran PN

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan rombakan pentadbiran yang menyaksikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin...

More Articles Like This