PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat keadilan sewajarnya berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang haram.
Beliau pada masa menegaskan UMNO tidak akan sama sekali terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ismail Sabri.
Menurut Ahmad Zahid, UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan politik dan percaya kepada proses undang-undang untuk menentukan kebenaran.
“Kita menghormati SPRM dan kita harap SPRM berlaku adil dan tentunya profesional di dalam melakukan penyiasatan.
“Secara peribadi saya juga pernah mengalami keadaan itu jelas apabila kes saya dibawa ke mahkamah walaupun pelbagai pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan sebagainya.
“Akhirnya keadilan telah dapat ditegakkan dan saya harap perkara yang sama akan dapat berlaku di mahkamah dan itulah harapan kita (dalam kes ini),” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Untuk rekod, SPRM telah bercakap dengan doktor Ismail Sabri untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan bekas perdana menteri itu dan memastikan dia sihat untuk memberi kenyataan pada tarikh baru itu, iaitu sehari selepas tempoh yang dinyatakan dalam MC berkenaan.
SPRM telah pun menyoal Ismail Sabri selama lima jam pada 18 Feb, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap perbelanjaan untuk kempen promosi Keluarga Malaysia ketika pentadbiran perdana menteri kesembilan itu.
SPRM juga telah merampas RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16kg emas dari premis yang dikaitkan dengan bekas pembantu Ismail Sabri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

