ZSAQ Sdn Bhd, syarikat tempatan yang memberi tumpuan dalam produk kesejahteraan berasaskan bahan semula jadi menyasarkan jualan mencecah RM20 juta tahun ini selepas berjaya merekodkan sebanyak RM15 juta pada tahun 2024.
Pertumbuhan itu didorong oleh permintaan tinggi terhadap produk kesihatan dan kecantikan yang lebih selamat serta berkualiti.
Pengasas ZSAQ, Norazura Md Posdzi menegaskan, kualiti dan keberkesanan produk yang dikeluarkan menjadi keutamaan syarikat tersebut.
Buat masa ini, Norazura memaklumkan, syarikatnya beroperasi secara berdikari tanpa bergantung kepada mana-mana kerjasama luar sekali gus membolehkannya mengawal penuh aspek pengeluaran, pemasaran dan penjenamaan.
Selain menumpukan kepada pertumbuhan jualan, beliau berkata, ZSAQ turut memberi perhatian kepada pembangunan tenaga kerja dengan pelaburan dalam latihan dan pembangunan modal insan dilihat langkah penting memastikan operasi syarikat berjalan lebih sistematik dan mampan.
“Kami mahu memastikan setiap pengguna mendapat manfaat sepenuhnya daripada produk kami.
“Oleh itu, kami komited dalam membangunkan formulasi yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat digunakan dalam jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Anjung Syawal cipta sejarah, perkenal lagu tema “Raya Sebenarnya”. Sasar jualan RM10 juta
Salah satu produk utama syarikat, Bidaura, mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Diformulasi menggunakan bahan semula jadi, Bidaura bukan sahaja menekankan kecantikan luaran tetapi juga kesejahteraan dalaman, sejajar dengan trend pengguna yang semakin peka terhadap kesihatan holistik.
Mengulas lanjut, Norazrura berkata, buat masa ini ZSAQ telah berjaya menembusi pasaran luar termasuk di Indonesia, Singapura, Brunei dan United Kingdom (UK).
Menurut beliau, syarikat itu berhasrat memperluas pasaran ke Asia Barat dan Eropah dengan permintaan terhadap produk kesejahteraan premium di rantau tersebut semakin meningkat sekali gus membuka peluang besar kepada syarikat untuk terus berkembang.
“Bagi mencapai sasaran pertumbuhan, syarikat mengukuhkan strategi pemasaran digital dan rangkaian pengedaran.
“Dengan memanfaatkan platform e-dagang dan jualan dalam talian, produk Bidaura kini lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia.
“Kami yakin dapat mencapai sasaran RM20 juta tahun ini dengan terus berpegang kepada prinsip fleksibiliti dan inovasi bagi memastikan kekal relevan dalam industri yang semakin berkembang pesat ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

