18 pelacur warga asing ditahan di Bukit Bintang

Dari Penulis

POLIS menahan 26 individu termasuk 18 wanita warga asing disyaki pelacur dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di Kuala Lumpur awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata dalam operasi #KLStrikeForce bermula pukul 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi itu, wanita warga asing yang ditahan melibatkan lapan dari Uganda, Vietnam (3), Thailand (2) dan Tanzania (2), serta masing-masing seorang dari Indonesia, Nigeria dan Kenya.

“Wanita yang ditahan ini mengaku bekerja sebagai pelacur secara bebas atau freelance di sekitar kawasan itu, dan menyasarkan warga asing yang berhibur di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang sebagai pelanggan dengan mengenakan bayaran RM100 sekali langgan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata dalam operasi yang turut disertai 35 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Kuala Lumpur itu, tujuh lelaki warga asing iaitu tiga Bangladesh dan masing-masing seorang Mesir, Amerika Syarikat, Singapura dan Nepal. Seorang warga tempatan turut ditahan.

“Lelaki berkenaan dipercayai sama ada pelanggan atau penjaga premis.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This