SRIKANDI Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong cadangan untuk memastikan lebih ramai calon muda bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Nurul Ezzati Azmi berkata, Bersatu telah mengetengah ramai calon pilihan raya yang terdiri daripada pimpinan muda parti itu sebelum ini.
Beliau berkata, langkah itu harus diteruskan pada siri pilihan raya yang akan datang terutamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
“Strategi meletakkan calon muda bertanding mewakili Parti Perikatan Nasional dan Bersatu telah membuahkan hasil yang cemerlang pada PRU15.
“Ini telah diterjemahkan melalui peningkatan jumlah undi di saluran mengundi anak muda dan sokongan anak muda kepada Perikatan Nasional (PN) juga diteruskan di enam PRN pada 2023,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham yang menyeru lebih ramai calon muda bertanding dalam pilihan raya akan datang, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Nurul Ezzati berkata, strategi Bersatu yang meletakkan had umur sayap muda pada umur 35 tahun adalah langkah berani dan wajar.
Kata beliau, perkara itu dapat memastikan kelangsungan legasi dan perjuangan parti selain menangkis kegusaran trend ketandusan pimpinan tingkat kedua untuk menerajui parti yang kini melanda pelbagai parti politik di Malaysia khususnya UMNO dan PKR.
Nurul Ezzati berkata, Srikandi Muda berharap agar pimpinan parti dapat mengambil pertimbangan serius untuk memberikan ruang dan peluang kepada kepimpinan sayap muda untuk ditawarkan sebagai calon pilihan raya mewakili PN pada siri pilihan raya akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

