Kes Ismail Sabri: SPRM rakam keterangan 36 individu, tunggu dokumen bank

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merakam keterangan 36 individu dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, seramai 32 saksi dan empat bekas pegawai Ahli Parlimen Bera itu yang ditahan sebelum ini sudah dirakam percakapan setakat, semalam.

“Sementara itu, seramai 23 saksi baharu akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk dirakam keterangan.

“Empat lagi saksi dalam proses rakaman percakapan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sumber berkata, berhubung status dokumen bank, permohonan dengan agensi sudah dilakukan dan agensi terbabit masih dalam usaha penyediaan untuk diserahkan kepada SPRM.

Jumaat lalu, pegawai penyiasat SPRM menemu bual seorang doktor bergelar datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya yang merawat Ismail Sabri bagi mengetahui sejauh mana tahap kesihatan beliau.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat lalu namun beliau tidak hadir kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian.

Baca artikel lain: Seorang lagi mangsa rempuhan Jazz meninggal dunia

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, proses rakaman percakapan itu ditunda kepada Rabu ini kerana masih diberikan sijil cuti sakit (MC).

Pada 10 Februari lalu, Ismail Sabri sudah menghantar maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM dilaporkan menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa, antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11...

More Articles Like This