SEORANG lelaki ditahan selepas aksinya mengugut pengguna jalan raya dengan menggunakan kayu di Lebuhraya Penyuraian Trafik, Johor Bahru Timur (EDL) pada Ahad lalu tular.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Raub Selamat berkata, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya ditahan di Skudai, Johor pada pukul 10.30 pagi semalam.
Beliau berkata, turut dirampas sebatang rotan yang digunakan dalam kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 5.30 petang.
“Suspek bertindak demikian kerana berang dengan mangsa yang memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek mempunyai dua rekod lampau jenayah dan saringan air kencing adalah negatif dadah.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Raub berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan bertindak mengugut pemandu kereta lain dengan menggunakan kayu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

