Pecahkan rekod dunia, ini kisah kembar yang dilahirkan selang 87 hari

Dari Penulis

Ketika berusia 34 tahun, Maria Jones-Elliott mendapat khabar gembira apabila dia hamil anak ketiga. Kegembiraan wanita dari Ireland itu semakin bertambah apabila dia disahkan hamil anak kembar.

Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah kehamilannya memasuki minggu ke-24.  Maria mula berasa tidak sihat dan berjumpa doktor. Setelah diperiksa, dia terus ditahan ke dalam wad bersalin.

Pada 1 Jun 2012 ketika usia kehamilannya baru mencecah enam bulan, Maria melahirkan kembar pertamanya yang hanya seberat 0.54 kilogram. Bayi pramatang itu diberi nama Amy.

Setelah Amy dilahirkan, kontraksi Maria terhenti. Walau doktor berusaha merangsang kelahiran kembar satu lagi, tiada apa yang berlaku. Akhirnya, diputuskan untuk Maria meneruskan kandungannya.

Kembar itu telah terbahagi kepada dua keadaan. Kembar pertama, Amy diletakkan dalam inkubator. Kembar satu lagi meneruskan perjuangannya dalam Rahim Maria.

Sejurus dilahirkan, Amy terus diletakkan dalam inkubator. Menurut doktor, keadaan Amy sebagai bayi pramatang membuatkan peluang untuk bayi ini hidup adalah tipis.

“Amy berjuang untuk hidup dalam inkubator manakala Katie pula berjuang untuk bertahan di dalam rahim saya. Itulah waktu tiga bulan yang paling sukar dalam hidup kami,” kata Maria ketika menceritakan pengalaman itu.

Hati ibu mana yang tidak gusar melihat keadaan anaknya. Seorang sudah lahir ke dunia, seorang lagi masih dalam rahimnya, dan Maria tidak dapat memegang kedua-dua kembarnya itu.

Setiap hari, Maria akan melawat Amy sambil membawa kembar yang satu lagi dalam rahimnya. Hanya setelah lima minggu dilahirkan, barulah Maria dapat mendukung Amy di pangkuannya.

Pada 27 Ogos 2012, iaitu minggu ke-36 kehamilannya, Amy dimasukkan semula ke dalam wad. Doktor sekali lagi cuba merangsang kontraksi dan kali ini, Maria berjaya melahirkan kembar kedua yang diberi nama Katie, seberat 2.55 kilogram.

Dua jam selepas kelahiran Katie, kedua-dua kembar itu akhirnya dipertemukan. Juga, barulah Chris, ayah kepada kembar ini pergi mendaftarkan kelahiran mereka. Ia berikutan permintaan Marie sebelum itu yang enggan mendaftarkan kelahiran Amy sehingga Katie dilahirkan.

Lima hari selepas Katie dilahirkan, mereka dibenarkan pulang ke rumah. Namun, Amy masih terus ditahan dalam wad berikutan ia adalah bayi pramatang. Hanya tujuh minggu kemudian, barulah Amy dibenarkan pulang ke rumah, bersatu semula dengan abang, kakak dan kembarnya.

Kembar Amy dan Katie bersama abang dan kakak mereka.

Cipta Rekod Dunia

Keunikan pasangan kembar Amy dan Katie yang dilahirkan pada jarak selang 87 hari telah membuat nama mereka tercatat dalam Rekod Dunia Guinness.

Kes seumpama ini sangat jarang berlaku. Kembar dilahirkan berbeza sehari dua adalah perkara biasa, namun berbeza sehingga hampir 3 bulan jaraknya adalah sangat menakjubkan, apatah lagi dalam kes ini, kedua-duanya hidup. Kebiasaannya dalam kes sebegini, salah seorang daripada kembar akan meninggal dunia.

Kembar Amy dan Katie bersama kakak, abang dan ibu bapa mereka.

Para doktor yang menangani kes ini di Hospital Waterford Regional di mana kembar itu dilahirkan berkata, jika dirujuk kepada kajian perubatan, peluang untuk kembar Maria hidup ketika itu hanyalah sekitar 40 peratus sahaja. Apatah lagi  dengan keadaan Amy yang dilahirkan dalam usia 23 minggu kehamilan, peluangnya untuk selamat adalah tipis. Dan kejayaan kembar ini melalui saat getir dan selamat membesar seperti bayi-bayi lain seperti satu kemenangan dan keajaiban dalam dunia perubatan.

Sebelum kelahiran Amy dan Katie yang berselang 87 hari, rekod kelahiran kembar berselang paling lama dipegang oleh wanita bernama Peggy Lynn dari Cambridgeshire, England. Peggy melahirkan sepasang kembar yang berselang selama 84 hari pada tahun 1995 dan 1996.

Foto Amy dan Katie semasa bayi dan semasa mula memasuki alam persekolahan. Kembar ini memegang rekod dunia sebagai kembar yang dilahirkan dengan selang hari paling lama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bila nasihat tidak dihiraukan… Ayah sanggup tanam patung di kubur demi anak

“Aku cuma nak anak aku balik…” Itu luahan seorang ayah yang akhirnya menyesal seumur hidup selepas memilih jalan salah demi...

More Articles Like This