POLIS mengesahkan seorang warga emas telah tampil ke balai trafik selepas aksinya memandu melawan arus di Kilometer 14.3 Lebuhraya Linkedua, tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya telah menerima dua video tular yang memaparkan kejadian itu, semalam.
Beliau berkata, menerusi video dapat dilihat sebuah Proton Saga FL berwarna coklat dipandu secara berbahaya dan melulu di lebuhraya.
“Pada hari sama, pemandu yang merupakan seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun berjaya dikesan dan telah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.
“Siasatan mendapati warga emas terbabit memandu melawan arus kerana tersalah masuk laluan untuk pulang ke rumahnya di Tampoi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, warga emas itu telah keluar melalui susur Gelang Patah dan telah ke Mutiara Rini kerana kehabisan minyak sebelum dibantu orang awam untuk pulang ke rumah dengan menggunakan e-hailing.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

