Pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia selepas pengsan semasa ke kantin

Dari Penulis

SEORANG pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Melaka, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika waktu rehat, dan pelajar Tingkatan Dua bukan Islam itu yang juga atlet bola tampar sekolah sedang berjalan ke kantin.

“Mangsa tiba-tiba pengsan berhampiran padang sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Baca artikel lain: Pukul murid sampai retak tulang hidung, polis tahan lelaki berusia 39 tahun

“Bantuan pernafasan (CPR) turut diberikan selama 30 minit namun gagal menyelamatkan nyawa dan doktor yang merawatnya mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian pelajar berkenaan dikatakan mengikuti kelas pendidikan jasmani pada waktu pagi dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap makmal untuk mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Perkara itu...

More Articles Like This