SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak memukul seorang murid sekolah menengah sehingga retak tulang hidung di Saujana Impian, Kajang, pukul 2.15 petang tadi.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9724
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun pada pukul 9.24 malam tadi.
Beliau berkata, mangsa telah dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa berada di Saujana Impian.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan selisih faham semasa memandu di atas jalan antara pengadu dan suspek.
“Dalam kejadian ini, pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak tulang batang hidung.
“Siasatan mendapati pengadu tidak mempunyai lesen memandu dan telah dikenakan tindakan saman,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Jelasnya, suspek seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang merupakan penasihat agensi pelancongan telah ditahan pada pukul 9.50 malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325/279 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor E.N. Chalart Cinda di talian 017-9825510.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

