Ismail Sabri hadir buat kali ketiga di SPRM hari ini

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir kali ketiga bagi memberi keterangan kepada kumpulan penyiasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Bera itu tiba pada pukul 9.52 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dan diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Membuka cermin kereta yang dinaiki, Ismail Sabri melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada pihak media yang menanti kehadirannya.

Ismail Sabri mula disiasat oleh SPRM pada Januari 2024 berkaitan perbelanjaan publisiti kerajaan semasa pentadbirannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Baca artikel lain: Dasar Industri Pertahanan Negara di peringkat akhir penyediaan – Khaled

Beliau telah dipanggil memberi keterangan pada Januari 2024 mengenai kemungkinan salah laku melibatkan perbelanjaan kira-kira RM700 juta untuk publisiti kerajaan.

Pada 10 Februari lepas, Ismail Sabri menyerahkan pengisytiharan harta kepada SPRM dan pada 19 Februari, beliau memberikan kenyataan kepada agensi berkenaan.

SPRM juga telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau.

Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas ditemukan di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan ‘safe house’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This