Fahmi kekal Ketua Cabang PKR Lembah Pantai

Dari Penulis

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Lembah Pantai, selepas jawatan itu tidak dicabar pada pemilihan parti berkenaan April ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sehingga tempoh pencalonan tamat jam 12 tengah malam Ahad, tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan yang dimenanginya pada Pemilihan PKR 2018.

“Alhamdulillah di Lembah Pantai tiada pertandingan bagi Ketua Cabang, begitu juga di tiga kawasan lain di Wilayah Persekutuan iaitu Bandar Tun Razak, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kempen Advokasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Bazar Ramadan Wangsa Maju, hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Baca artikel lain: Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR

Ditanya mengenai terdapat beberapa kawasan menyaksikan pertandingan Ketua Cabang menerima sehingga tujuh pencalonan, Fahmi berkata itu adalah sifat demokrasi yang membenarkan siapa-siapa sahaja berkelayakan untuk menawarkan diri bertanding jawatan di dalam parti.

“Apa yang penting baik di peringkat cabang atau pusat, bertanding secara sihat, elakkan terlibat di dalam aktiviti terlarang atau melanggar undang-undang, kita bertanding dalam suasana kekeluargaan dan bersaudara,” katanya.

Fahmi semalam mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan 24 Mei ini.

Terdahulu media melaporkan empat penyandang menyatakan akan mempertahankan jawatan naib presiden iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Nurul Izzah Anwar.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Fuziah berkata pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula akan dilaksanakan pada 24 Mei.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This