UNWRA buka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza

Dari Penulis

AGENSI Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mengumumkan ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dan dimuatkan di akaun X beliau pada Sabtu sambil menekankan peranan agensi itu dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran langsung kepada kanak-kanak di Gaza, yang menghadapi pembunuhan dan kehilangan tempat tinggal selama hampir 16 bulan akibat serangan genosid Israel.

Lazzarini menegaskan bahawa UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa “pendidikan memulihkan sedikit harapan kepada kanak-kanak Gaza, membantu mereka pulih,” sambil menyatakan peranannya dalam mengatasi “trauma yang tidak terkata yang dialami oleh kanak-kanak.”

Bagaimanapun, beliau berkata: “Kita masih lagi jauh dalam menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk belajar.”

Pemimpin PBB itu seterusnya berkata, “Cabaran di Gaza sangat besar, dan tiada masa untuk dibazirkan. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan pupusnya generasi kanak-kanak Palestin.”

— BERNAMA-WAFA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This