PRN Sabah: UMNO kekalkan 40 peratus penyandang termasuk Bung Moktar

Dari Penulis

UMNO Sabah akan mengekalkan sekitar 40 peratus penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO Sabah telah meneliti kerusi yang akan ditandingi, namun keputusan muktamad masih belum dibuat.

“Mesyuarat mengenai agihan kerusi ada, tetapi perbincangan mengenainya masih belum dimuktamadkan kerana kita menunggu keputusan BN Pusat. Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bersama Presiden UMNO dan empat gabungan parti lain masih berbincang.

“Biasanya, kita akan menunggu keputusan dari BN Pusat terlebih dahulu, kemudian barulah kita menentukan sama ada bersetuju atau tidak sebelum respons semula cadangan tersebut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai kuasa autonomi UMNO Sabah dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi, Bung Moktar menjelaskan bahawa perbincangan antara presiden parti perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum keputusan dikemukakan kepada BN Sabah.

Baca artikel lain: UNWRA buka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza

“Kita ada autonomi, tetapi realitinya presiden parti akan berbincang dahulu dan kemudian mencadangkan keputusan kepada BN negeri.

“UMNO negeri akan mempertimbangkan cadangan itu dan jika ia boleh memihak kepada kemenangan BN, kita akan bersetuju. Jika tidak, kita akan membalas semula cadangan tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon, beliau mengesahkan bahawa sekitar 30 hingga 40 peratus penyandang akan dikekalkan selain turut mengetengahkan calon wanita pada PRN kali ini.

“Setakat ini sudah tiga kerusi kita umum calonnya, yang dikekalkan sekitar 30 hingga 40 peratus. Calon wanita, mesti ada. sebab kalau tiada, susah kita.

“Namun peratus untuk kouta wanita, kita akan lihat berdasarkan dua faktor iaitu kouta yang ditetapkan dan kedua, calon wanita yang boleh menang sebab kita tidak mahu tercicir satu kerusi pun,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This