PERKHIDMATAN permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran kini boleh diakses menerusi Portal MyTax mulai 5 Mac lalu.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberitahu inisiatif ini diperkenalkan bagi memudahkan pembayar cukai membuat permohonan ansuran dan mendapatkan kelulusan secara automatik tanpa sebarang dokumen sokongan.
“Pembayar cukai yang memenuhi kriteria berikut adalah layak untuk memohon perkhidmatan e-Ansuran: 1. Jumlah amaun permohonan melebihi RM 300.00 dan ke atas. 2. Jumlah bilangan ansuran adalah dua hingga enam kali sahaja.
“3. Melibatkan ansuran cukai pendapatan sahaja (termasuk sebarang kenaikan, jika berkenaan). 4. Tidak melibatkan ansuran yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
LHDN memaklumkan, pembayar cukai boleh mengakses perkhidmatan e-Ansuran dengan log masuk ke portal MyTax menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/ dan memilih peranan yang berkaitan (individu/pengarah/wakil pengarah).
Baca artikel lain: Pas kutuk serangan Zionis korbankan 8 sukarelawan Mapim
Katanya lagi, sebagai maklumat tambahan, sebarang pembatalan permohonan e-Ansuran hanya boleh dilakukan di pejabat
LHDN.
“LHDN komited dalam menyediakan kemudahan pembayaran cukai yang lebih fleksibel dan mesra pengguna.
“Pelaksanaan e-Ansuran ini diharap dapat membantu pembayar cukai dalam memenuhi tanggungjawab percukaian mereka dengan lebih mudah dan teratur,” katanya.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas sila hubungi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

