Anwar tekankan usaha baik pulih, bina sekolah baharu di Pulau Pinang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan terhadap usaha untuk membaik pulih dan membina sekolah baharu di Pulau Pinang.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat tersebut turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri dan pegawai kanan Persekutuan serta negeri.

Beliau berkata, beberapa projek penting yang akan memberi kebaikan dan keselesaan buat rakyat turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Perbincangan memberi fokus kepada senarai Projek Keutamaan Negeri Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang melibatkan aspek infrastruktur jalan raya, bekalan air, kesihatan, pendidikan, sukan, pelabuhan perikanan dan perbandaran nelayan untuk diteliti selanjutnya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar turut berharap setiap kementerian dan agensi berkaitan dapat memberi perhatian khusus terhadap projek-projek yang sedang direncanakan itu.

Pada masa sama, beliau turut berharap semua pihak bertindak segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Pulau Mutiara itu secara berkesan.

“Inisiatif pembangunan ini penting bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya penduduk miskin bandar dan penduduk luar bandar yang bakal menikmati manfaat jangka panjang,” katanya.

Baca artikel lain: Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang

Terdahulu, Perdana Menteri yang dalam lawatan singkat ke Pulau Pinang hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pulau Pinang di pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), dekat George Town.

Beliau yang tiba pada 3.35 petang itu disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Aziz Bakar.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan barisan exco Pulau Pinang.

Sejurus selepas mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri dijadual merasmikan bangunan baharu Masjid Jamek Perai di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang sebelum sesi jelajah mesra Bazar Ramadan di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.

Lawatan Perdana Menteri berakhir dengan Majlis Berbuka Puasa MADANI Negeri Peringkat Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara pada 6.45 petang.

Anwar kemudian dijangka akan berlepas ke ibu negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) malam ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This