Bermula 7 April, produk minyak enjin kenderaan motor perlu ada label SIRIM

Dari Penulis

BERMULA 7 April ini,  semua produk minyak enjin kenderaan motor yang dijual hendaklah mempunyai label pematuhan yang diperakukan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd.Ali berkata, penguatkuasaan itu merupakan usaha membendung dan membanteras aktiviti penjualan produk tiruan minyak enjin kenderaan motor melalui penggubalan  Perintah baharu di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan(Perakuan dan Penandaan Minyak Enjin Bagi Kenderaan Motor) 2024 oleh kementerian tersebut.

 ‘’Perintah ini digubal melalui seksyen 29, Akta 730 sebagai punca kuasa untuk melantik SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sebagai pihak berkuasa berwibawa yang bertanggungjawab memperakukan dan mengeluarkan label pematuhan produk serta telah diwartakan pada 11 Oktober 2024 dan akan berkuat kuasa pada 7 April 2025,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata, objektif utama penggubalan Perintah ini adalah untuk melindungi kepentingan pengguna dan industri iaitu syarikat-syarikat pengeluar minyak enjin motor. 

‘’Dari aspek kepentingan pengguna, Perintah baharu ini akan membolehkan pengguna mengenal pasti penjualan minyak enjin kenderaan motor yang tulen di pasaran sekali gus membanteras penjualan minyak tiruan di pasaran yang boleh membawa risiko keselamatan dan kemalangan di jalan raya.

‘’Selain itu, Perintah ini juga akan dapat melindungi kepentingan syarikat- syarikat pengeluar produk minyak enjin kenderaan motor dengan mengekang risiko penghasilan produk-produk yang tidak tulen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,’’ katanya.

 Armizan berkata, menurut statistik penguatkuasaan, bermula Januari 2019 sehingga Februari 2025, sejumlah 240 aduan berkaitan produk minyak enjin kenderaan motor telah diterima dan disiasat. 

‘’Daripada jumlah tersebut sebanyak 36 tindakan kes telah diambil dengan nilai rampasan berjumlah RM1,154,198.00. KPDN dengan kerjasama SIRIM telah menganjurkan program libat urus sejak tahun 2022, melibatkan hampir semua pemain utama dalam industry minyak enjin kenderaan motor di negara ini.’’ Katanya.

 Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana syarikat pengimport, pengedar, penjual yang menjual produk yang tidak diperaku dan tiada label pematuhan yang sah daripada pihak berkuasa yang berwibawa. Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This