KERAJAAN MADANI tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri dalam aspek penyaluran bantuan dan peruntukan terutamanya bagi Terengganu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah Terengganu juga merupakan di antara tiga negeri tertinggi yang menerima pemberian daripada Persekutuan di samping Sabah dan Sarawak.
“Kerajaan MADANI telah memperuntukkan lebih RM1.8 bilion khusus untuk belanja pembangunan di Terengganu, yakni peningkatan sebanyak RM239 juta berbanding tahun lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Pada masa sama, Anwar menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Terengganu atas keterbukaan menjalinkan kerjasama strategik untuk menyegerakan beberapa inisiatif meskipun berbeza siasah demi kepentingan negeri dan rakyat.
Baca artikel lain: Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terima DKK disekat – Fahmi
“Saya singgung usaha kerajaan Persekutuan turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan sebagai inisiatif berstruktur yang jarang dilakukan pimpinan terdahulu.
“Meskipun masih banyak ikhtiar dan bantuan yang diperlukan terutama untuk memenuhi keperluan di Terengganu, saya percaya pertemuan penting seperti ini berupaya mengukuhkan sinergi antara negeri dan Persekutuan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan seluruh umat Islam supaya merebut peluang di sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
Ujarnya, kesibukan dunia tidak seharusnya mengikat umat Islam dengan kesibukan hingga lupa untuk merebut ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT.
“Semoga pengembaraan kerohanian dalam madrasah Ramadan tahun ini punyai makna yang mengesankan jiwa dan nurani kita, serta meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

