Ismail Sabri sangkal dakwaan tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ia susulan khabar angin bertiup bahawa 13 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertindak menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ismail Sabri menegaskan, beliau terus memberi sokongan penuh terhadap kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang cuba memecahbelahkan hubungan dan menimbulkan kesangsian antara ahli-ahli Parlimen BN.

“Sebenarnya cerita ini sudah lama dan pada peringkat awal saya tidak mahu layan kerana perkara tersebut tidak benar tapi ia berterusan melalui tulisan dan video.

“Jadi akhirnya hari ini (Sabtu) saya terpanggil untuk menjawab, perkara ini tidak benar kononnya sudah pun keluar tapi sebenarnya tiada siapa keluar UMNO atau BN (Barisan Nasional) sebaliknya kita kekal dalam kerajaan.

Baca artikel lain: SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Isnin

“Saya anggap mungkin ada niat kurang baik bila ada sebarkan cerita sebegini terutamanya terhadap saya sendiri dan ia merosakkan imej saya sedangkan saya selalu katakan tetap bersama UMNO,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, ahli-ahli Parlimen BN terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dan perkara itu dibuktikan menerusi beberapa tindakan seperti undi usul percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Beliau turut berharap penafian yang dilakukan itu dapat menamatkan sebarang desas-desus berkenaan.

“Apabila dibentangkan pada peringkat awal dulu, seluruh 30 Ahli Parlimen BN menyokong penuh usul yang dibawa dan setiap kali rang-rang undang dibawa, kita sokong sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir pada 17 Mac lalu juga menafikan sebarang dakwaan mengenai usaha untuk menggugat perpaduan dalam kalangan ahli Parlimen parti itu.

Menurutnya, segala perkembangan politik semasa sudah dalam pengetahuannya, dan beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi yang timbul hanyalah permainan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This