Anggota sukarelawan diseru lapor PERKESO jika ditimpa musibah – Sim

Dari Penulis

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) menyeru semua anggota pasukan sukarelawan berelaun yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) agar segera membuat laporan sekiranya ditimpa musibah ketika bertugas.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata langkah itu bagi memastikan mereka dapat menerima faedah perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Menurutnya masih ramai anggota sukarelawan, khususnya dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang belum menyedari kelayakan mereka untuk menikmati perlindungan di bawah skim berkenaan.

“Saya ingin menekankan bahawa sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau musibah ketika bertugas, anggota sukarelawan seperti APM boleh segera melaporkannya kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“PERKESO akan memberikan bantuan kerana anggota APM memang dilindungi di bawah SKSPS. Jika kejadian tidak dilaporkan, PERKESO tidak dapat mengambil tindakan. Oleh itu, kita menyeru supaya mana-mana pejabat APM segera membuat laporan kepada Pejabat PERKESO berhampiran agar siasatan dan lawatan dapat dijalankan,” katanya.

Baca artikel lain: Raja Permaisuri Agong santuni asnaf dan ibu tunggal di Johor

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kesiapsiagaan Awam sempena Ulang Tahun APM ke-63 serta Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, malam tadi.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan PERKESO menyerahkan faedah perlindungan SKSPS kepada anggota APM Seberang Perai Tengah (SPT) Muhammad Syazwan Shopiee, 24, yang dipatuk ular katam payung ketika bertugas pada 23 Feb lepas.

Sementara itu, Muhammad Syazwan yang menceritakan kejadian itu berkata insiden berlaku di pejabat APM Bukit Mertajam ketika beliau sedang memasukkan ular berkenaan, yang diselamatkan dari sebuah rumah, ke dalam bekas.

“Ular itu mematuk ibu jari kanan saya, menyebabkan saya terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 20 hari. Buat masa ini, saya masih belum berupaya berjalan seperti biasa dan masih bercuti.

“Saya ialah pencarum PERKESO di bawah SKSPS dan kini menerima manfaat RM700 sebulan,” katanya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik serta baru lebih setahun menyertai APM.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This