TINDAKAN seorang guru yang didakwa menyuruh pelajarnya ‘pulang ke China’ kerana kurang fasih berbahasa Melayu sedang disiasat Kementerian Pendidikan (KPM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara berkenaan diteliti KPM secara mendalam, di samping siasatan yang dijalankan pihak polis.
“Saya tegaskan bahawa KPM tidak kompromi dalam soal perkauman yang berlaku di sekolah, baik melibatkan guru mahupun pelajar atau mana-mana pegawai.
“Dalam kes ini, siasatan sudah pun berlangsung dan tindakan akan kita lakukan berdasarkan kepada (hasil) siasatan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 320 murid sekolah rendah sekitar Putrajaya di sebuah pusat beli-belah hari ini.
Terdahulu, tular klip audio seorang guru didakwa mengaku memberitahu seorang pelajar sekolah menengah untuk pulang ke China kerana tidak memahami bahasa Melayu.
Pada perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM sedang mengumpulkan maklumat berkenaan sekolah yang kini terkesan akibat banjir bagi menyelaras usaha membaik pulih.
Baca artikel lain: Farid, Diana cerai lagi
“Kita akan terus memastikan bahawa sekolah-sekolah kita ini mendapat bantuan penyelenggaraan dengan segera supaya suasana kondusif dapat kita laksanakan untuk pembelajaran anak-anak,” katanya.
Fadhlina turut berkata RM26.4 juta diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang rosak akibat banjir pada Disember hingga Januari lepas.
Pada majlis hari ini, Fadhlina menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 320 murid sekolah bagi meringankan beban keluarga mereka menyambut Aidilfitri.
Setiap murid menerima kad hadiah atau baucar membeli-belah bernilai RM100 serta pek sagu hati sumbangan beberapa syarikat swasta yang diselaraskan Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

