Ramanan umum bertanding rebut jawatan Naib Presiden PKR

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan menjadi individu terbaharu menawarkan diri bertanding sebagai calon Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata, hasrat tersebut telah pun dinyatakan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakan-rakan di seluruh peringkat parti.

“Dengan rendah hati dan rasa tanggungjawab, saya ingin mengumumkan hasrat untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini.

“Matlamat utama saya adalah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan parti Keadilan kita dari peringkat akar umbi sehinggalah di pimpinan pusat.

“Semangat perjuangan harus seiring dengan gagasan Malaysia MADANI dan saya percaya bersama-sama kita mampu lakukan yang terbaik demi masa depan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dengan penyertaan Ramanan itu, sekurang-kurangnya enam pemimpin PKR sudah mengesahkan diri bertanding termasuk tiga penyandang yang mengesahkan akan mempertahan jawatan.

Baca artikel lain: Mawilla 4 di Sarawak berpotensi sebagai transit kapal selam – Panglima TLDM

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari; Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Seorang lagi penyandang yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun belum mengesahkan pencalonannya setakat ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil juga mengumumkan akan merebut jawatan itu.

Sementara itu Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR, G Manivanan dan bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dikatakan turut mempertimbang bertanding jawatan Naib Presiden pada Pemilihan PKR 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, pemilihan PKR 2025 mencatat penyertaan yang luar biasa dengan lebih 17,500 pencalonan diterima daripada 222 Cabang seluruh negara.

PKR memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan, diadakan pada 24 Mei depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This